Saturday, January 16, 2010

PROGRAM TARBIAH RUHIAH BULANAN


Bintulu, 14 Jan - YAYASAN AMAL MALAYSIA SARAWAK UNIT BINTULU untuk kesekian kalinya telah menganjurkan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.

Program dengan usahasama AMAL, MACMA, NISA dan BIC ini telah mengumpulkan komuniti saudara baru, penduduk sekitar dan sukarelawan AMAL dan NISA. Melalui program ini, AMAL mengajak sukarelawannya untuk berpuasa sunat Khamis dan seterusnya berbuka puasa bersama.

Makanan terhidang menanti para hadirin yang berpuasa

Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL dari menunaikan ibadah Haji, mereka yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan, majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.

Yayasan Amal Malaysia Unit Bintulu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan.

Ustaz Lotfi bersama zaujah dan babynya, bersemangat biarpun hujan

Tanpa mengenal lelah, sukarelawan AMAL kelihatan masih berpakaian pejabat

Muslimat rancak berukhuwah

Abang Mat yang diraikan sebagai Haji

Muslimat sedang mengambil makanan

Friday, January 15, 2010

KENANGI JASA IBU

KENANGI JASA IBU....
Kisah ini berlaku hampir satu tahun yang lalu. Seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat magrib kerana azan telah berkumandang dari surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis berjejeran di anak tangga dan di laman rumah.
"Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah lagi segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Sementara itu si ibu kelihatan terkocoh-kocoh sekali lagi menangalkan telekung dan mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhenjut-henjut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.
"Tak solat magrib ke?" tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba salah.
"Takpelah mak, saya musafir, magrib tu dijamak takhir dengan isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula masih memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, megucapkan syukur kepada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmat-Mu mengurniakan hamba-Mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah dan membalas budi aku bersyukur padaMu... Ya Allah" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruah dirinya dihargai, tawadhuk sungguh mengecap nikmat kasih... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dilakukan terasa dipermudahkan oleh Allah. inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Thursday, January 14, 2010

PROGRAM SUKAN HUJUNG MINGGU AMAL


14 Jan- Lajnah Sukan dan Rekriasi AMAL Bintulu akan mengadakan Program Sukan Hujung Minggu pada Sabtu 16 Januari 2010. Program yang dianjurkan Lajnah Sukan dan Rekriasi AMAL ini akan dilaksanakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tg Batu, dan akan bermula pada pukul 8.30 malam.Menurut pengerusinya En. Azrani Daud "Insyaallah kita akan mengadakan sukan hujung minggu, dan pada minggu ini kita akan adakan permainan badminton dan ping pong, sesiapa yang berminat dijumput untuk turut serta dan jika memiliki raket, bawalah bersama".
Program ini diharap dapat memupuk ukhuwah dan mahabbah serta dapat menyihatkan badan. Lantaran itu, penganjurannya adalah percuma.

JOM SERTAI KAMI.

Monday, November 30, 2009

"maka dirikanlah solat dan berkorbanlah"
(surah al-Kausar:2)


Setiap tahun apabila menjelang 10 zulhijjah pasti kisah pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s akan kembali menerjah ke ruang ingatan kita. Ia juga menjadi antara bahan dan isi penyampaian dalam kutbah Jumaat atau dalam tazkirah di surau-surau sama ada sebelum atau selepas 10 Zulhijjah.


Yayasan Amal Malaysia unit Bintulu yang turut menyumbangkan satu bahagian daripada lembu yang dikorbankan yang diadakan bersama-sama Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak ingin merafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat. . Pada 29 November 2009, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya buat julung-julung kalinya menganjurkan program Qurban sempena ‘Eidul Adha 1430H bertempat di Kampung Mohd Taha, Bakong. Kampung Mohd Taha merupakan sebuah perkampungan saudara baru yang menempatkan 16 keluarga Saudara Kita berbangsa Iban. Seramai 19 orang sukarelawan Yayasan AMAL beserta keluarga yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili telah turut serta dalam program kali ini.


Selaras dengan hikmah ibadah korban itu sendiri iaitu menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam lebih-lebih lagi bagi insan yang bergelar saudara baru program ini berjaya merapatkan ukhwah disamping menyuburkan kasih sayang.


Melalui program ini juga, saudara Muhtar selaku Pengerusi AMAL Sarawak, telah menjelaskan objektif program Qurban ini dilaksanakan di kampung Mohd Taha. Antara penekanan yang disampaikan oleh beliau ialah pentingnya program kebajikan, kemasyarakan dan dakwah Islamiyyah khususnya kepada non-Muslim diperhebatkan di bumi Sarawak.

Wednesday, November 25, 2009


Yayasan Amal Malaysia unit Bintulu mengucapkan selamat hari raya Eidul Adha 1430 H. Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak akan mengadakan program korban dan akikah di Kampung Mohd Taha, Bakong, Sarawak.

Friday, October 9, 2009

JOM BERDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN AMAL

ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARI SUKARELAWAN YAYASAN AMAL MALAYSIA?
SERATAI KAMI DENGAN MENGISI BORANG DAN MENGHANTARKANNYA KE SEKATARIAT AMAL ATAU WAKIL-WAKIL YAYASAN AMAL MALAYSIA


YAYASAN AMAL MALAYSIA
CAWANGAN SARAWAK
UNIT BINTULU
Sebarang maklumat lanjut hubungi:
Ustaz M Sardi B Ismail 0139235267
Hafsah Mardhiah Bakeri 019-9805803

DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN/AHLI, ANDA AKAN DIMAKLUMKAN MENGENAI SEBARANG PROGRAM YANG DIRANCANG DAN PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN




Sunday, September 6, 2009

ZIARAH DAKWAH KAMPUNG LABANG

Bintulu, 5 September - YAYASAN AMAL MALAYSIA Sarawak Unit Bintulu dan Bintulu Iqra' Center sekali lagi turun untuk "Ziarah Dakwah". Destinasi kami kali ini ialah Kampung Labang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari bandar Bintulu.

Seperti biasa, program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Ibrahim (pengurus BIC) dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Sardi,Pengerusi YAM Bintulu. Kami memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi.

"Sebelum menaiki bot untuk ke Kampung Labang, kami terpaksa menempuhi jalan tanah merah yang masih basah dan berlumpur. Perjalanan yang mencabar tidak mematahkan semangat kami, bahkan menjadi satu pemangkin buat kami atas dasar ikatan ukhuwah islamiyyah" ujar Hafiz.

Setibanya sukarelawan AMAL dan BIC di Kampung Labang, sukarelawan AMAL dan BIC dibawa ke Sekolah Kebangsaan Labang, yang kebetulan sedang melalui sesi persekolahan. Kegigihan dan iltizam guru-guru di sana untuk mendidik anak bangsa sangat dikagumi.

Selesai menziarahi SK Labang, sukarelawan terus dibawa ke surau untuk meneruskan program. Program di surau dimulai dengan ucapan alu-aluan Ketua Kampung iaitu TK. Michi b. Lau. Seterusnya, Ustaz Sardi selaku Pengerusi AMAL Unit Bintulu menyampaikan sedikit taklimat ringkas mengenai Yayasan AMAL Malaysia.

Program diserikan lagi dengan sesi tazkirah ringkas oleh Tuan Haji Abdul Rani dari Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu. Selepas penyampaian tazkirah, sumbangan yang dibawa mula diagihkan kepada 36 keluarga terpilih. Pihak Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn Bhd (JKI BPSB) turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak surau. Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim.

Pihak YAYASAN AMAL MALAYSIA dan BIC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung Labang, Tuan Iman dan tidak ketinggalan Ustaz Nazrie dan Hanit di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada sukarelawan AMAL dan BIC di atas pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Moga Allah menerima segala amal yang telah dilakukan.