Bintulu, 14 Jan - YAYASAN AMAL MALAYSIA SARAWAK UNIT BINTULU untuk kesekian kalinya telah menganjurkan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.
Program dengan usahasama AMAL, MACMA, NISA dan BIC ini telah mengumpulkan komuniti saudara baru, penduduk sekitar dan sukarelawan AMAL dan NISA. Melalui program ini, AMAL mengajak sukarelawannya untuk berpuasa sunat Khamis dan seterusnya berbuka puasa bersama.
Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL dari menunaikan ibadah Haji, mereka yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan, majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.
Yayasan Amal Malaysia Unit Bintulu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan.
0 comments:
Post a Comment