KENANGI JASA IBU....
Kisah ini berlaku hampir satu tahun yang lalu. Seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat magrib kerana azan telah berkumandang dari surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis berjejeran di anak tangga dan di laman rumah.
"Tak solat magrib ke?" tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba salah.
"Takpelah mak, saya musafir, magrib tu dijamak takhir dengan isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula masih memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, megucapkan syukur kepada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmat-Mu mengurniakan hamba-Mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah dan membalas budi aku bersyukur padaMu... Ya Allah" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruah dirinya dihargai, tawadhuk sungguh mengecap nikmat kasih... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dilakukan terasa dipermudahkan oleh Allah. inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment