Yayasan Amal Malaysia Unit Bintulu mengucapkan jutaan tahniah kepada pentadbir, guru-guru , murid-murid SK Tanjung Batu, Bintulu dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Pencegahan Dadah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu.
Lebih membanggakan lagi sekolah tersebut mewakili Bahagian Bintulu untuk Pertandingan PPDA peringkat Negeri sarawak 2010 dengan memberi kesedaran kepada para pelajar berkaitan dadah dengan cara yang sangat kretif.
Program sebegini tentunya dapat melahirkan generasi yang bebas dari najis dadah yang menepati visi PPDA sekolah iaitu SK Tanjung Batu kekal bebas dari gejala dadah pada tahun 2012.
"Yayasan Amal sangat bangga dengan penganjuran program sebegini dan semoga dapat digandakan lagi, kita turut berbangga dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pihak Sekolah SK Tanjung Batu" ujar Nik Lizam, Ketua Biro Pembangunan Insan dan Motivasi Yayasan Amal Unit Bintulu.
0 comments:
Post a Comment