Thursday, January 28, 2010
Monday, January 25, 2010
FAMILY DAY AMAL


NIAH, 23 Jan - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan sambutan "AMAL Family Day". Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Amal Unit Miri bertempat di Taman Negara Niah.
Program ini telah berjaya mengumpulkan sekitar 70 sukarelawan AMAL dari Miri, Bintulu, Kuching, Limbang dan juga sahabat dari negara jiran, Brunei Darussalam. Meskipun hari keluarga ini bermula pada 23 Januari, namun rombongan dari Bintulu berkonvoi pada pagi 24 Januari kerana sebahagian besar sukarelawan AMAL Bintulu bekerja pada 23 Januari.

Para sukarelawan AMAL Bintulu berkumpul di Masjid Darul Hidayah untuk menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya diikuti dengan taklimat dan bacaan doa. Rombongan bintulu mula bergerak sekitar 7.00 pagi menuju ke Niah secara berkonvoi.
Dimulakan dengan Sesi Ta’aruf keluarga dan ahli sukarelawan, kemudian diisusuli dengan sukaneka yang melibatkan 4 kategori iaitu Kanak-kanak, Kaum Bapa/ Lelaki, Kaum Ibu/ Perempuan dan Famili. Program sukaneka diakhiri dengan penyampaian hadiah dan ucapan penangguhan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir.
Sebelum berangkat pulang, para sukarelawan menunaikan Solat Zuhur secara berjamaah. Program secara rasminya tamat pada sekitar jam 2.00 petang. Mesyuarat Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Sarawak bagi Sesi 2009/2011 Kali Ke-4 juga telah diadakan pada petang tersebut.


Saturday, January 23, 2010
RIADAH AMAL
BINTULU, 23 Jan - Buat julung-julung kalinya, Biro Sukan dan Rekriasi Yayasan Amal Unit Bintulu telah berjaya menganjurkan riadah Amal pertamanya untuk tahun 1431H iaitu pada 16 Jan 2010. Bertempat di Dewan Sukan Sekolah Rendah Tanjung Batu, Bintulu, program ini menjadi suatu permulaan yang sangat menarik. Sukan badminton telah dipilih mengisi kalender Lajnah Sukan dan Rekriasi sebagai aktiviti pertama.
Dengan bermatlamatkan badan yang sihat dan pembinaan ukhuwah, maka terlaksanalah program Riadah Amal ini. Riadah ini turut dimuatkan dengan sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Unit Bintulu sendiri.

Friday, January 22, 2010
TAKZIAH KEPADA PONDOK LUBUK TAPAH

Pondok berkenaan merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan pada tahun 1931.
Pondok ini telah banyak berbakti kepada rakyat Kelantan dan umat Islam di negara ini umumnya. Semoga ujian yang berlaku ini tidaklah mematahkan semangat dan usaha pengurusan pondok untuk terus menaburkan bakti.
Sebagai tanda sokongan kepada pihak pengurusan Pondok Lubuk Tapah, masyarakat diseru untuk menghulurkan tangan memberi bantuan sama ada kepada pihak pengurusan pondok mahupun kepada para pelajarnya yang ditimpa musibah kebakaran ini. Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi pejabat pondok berkenaan di talian: 09-7905672 atau Saudara Azlan, 014-5064930
Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pondok, bolehlah melayari http://epondok.wordpress.com
Wednesday, January 20, 2010
JOM SERTAI AMAL FAMILY DAY
Dengan berobjektifkan
1) Menghimpunkan ahli keluarga AMAL Sarawak
2) Pengisian bersesuaian dewasa, remaja dan kanak-kanak
3) Melahirkan semangat "team building"
Yayasan Amal Malaysia Unit Miri akan menganjurkan AMAL Family Day di Taman Negara Niah. Unit Miri turut menjemput sukarelawan AMAL dari seluruh Sarawak khususnya Bintulu untuk turut serta menjayakannya.
Bagi Unit Bintulu, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi AMAL Bintulu, Ustaz Sardi Ismail (013-9235267) untuk pendaftaran atau Timbalan Pengerusi, Hayati Jemiron (0198254181).
Peserta dari Bintulu akan berkonvoi ke Taman Negara Niah pada 24 Januari 2010. Berkumpul di 5.30 pagi di Masjid Darul Hidayah.
Saturday, January 16, 2010
PROGRAM TARBIAH RUHIAH BULANAN
Bintulu, 14 Jan - YAYASAN AMAL MALAYSIA SARAWAK UNIT BINTULU untuk kesekian kalinya telah menganjurkan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.
Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL dari menunaikan ibadah Haji, mereka yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan, majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.
Yayasan Amal Malaysia Unit Bintulu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan.
Friday, January 15, 2010
KENANGI JASA IBU

"Tak solat magrib ke?" tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba salah.
"Takpelah mak, saya musafir, magrib tu dijamak takhir dengan isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula masih memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, megucapkan syukur kepada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmat-Mu mengurniakan hamba-Mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah dan membalas budi aku bersyukur padaMu... Ya Allah" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruah dirinya dihargai, tawadhuk sungguh mengecap nikmat kasih... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dilakukan terasa dipermudahkan oleh Allah. inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Thursday, January 14, 2010
PROGRAM SUKAN HUJUNG MINGGU AMAL

14 Jan- Lajnah Sukan dan Rekriasi AMAL Bintulu akan mengadakan Program Sukan Hujung Minggu pada Sabtu 16 Januari 2010. Program yang dianjurkan Lajnah Sukan dan Rekriasi AMAL ini akan dilaksanakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tg Batu, dan akan bermula pada pukul 8.30 malam.


JOM SERTAI KAMI.